The Transporter Refueled
Friday, 11 September 2015
The Transporter Refueled

Movie ini mengisahkan seorang mangsa pelacuran iaitu Anna ingin melepaskan diri dari dunia pelacuran dan memasang strategi bersama tiga (3) rakan yang lain untuk melepaskan diri dan membalas dendam terhadap Arkady Karasov and the geng yang membawa mereka ke dunia pelacuran.

Anna telah mengupah transporter iaitu Frank untuk memudahkan urusan Anna and the geng untuk membalas dendam terhadap geng-geng Arkady.Frank menyangka yang dia hanya melakukan tugas yang ringan dan hanya perlu membawa barang tempat yang dituju tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila dia turut terlibat sekali dengan pergaduhan antara geng-geng Anna dengan geng Arkady.

Berjaya ke geng Anna dan Frank membalas dendam terhadap geng jahat Arkady? Berjaya la tapi bagaimana? Kena tengok sendiri la jawabnya. Movie ini dilihat seperti mahu menunjukkan kehebatan Kereta Audi S8 yang penuh dengan teknologi canggih seperti bonet dan pintu boleh buka sendiri dengan alat kawalan jauh.

Movie pun tajuk The Transporter Refueled mestilah mahu menonjolkan kereta yang power.Dalam movie ini juga, Anna dilihat lebih menyerlah dari segi idea misi melumpuhkan aktiviti yang tidak bermoral dari geng Arkady.Namun, lakonan aksi Ed Skrein tidak menghampakan dan adakalanya cara percakapan si Ed seperti berbisik ke aku sorang je perasan.